Tuesday, September 29, 2009

Selamat Pengantin Baru


Nathrah


Nathrah with Penang's Puteri Leader



Faiza Suria & Wan

Ucapan Selamat Pengantin baru diucapkan kepada pasangan Faiza Suria Jamaludin (AJK Puteri Umno Bahagian Tasek Gelugor) yang berlangsung pada 26/9/2009 di kediamannya di Permatang Manggis, Sungai Puyu. Tarikh yang sama juga turut di kongsi oleh Saudari Nathrah (AJK Puteri Umno Bahagian Tasek Gelugor) berlangsung di kediamannya di Air Itam. Tahniah diucapkan.

Wednesday, September 9, 2009

Tawaran Hebat Hanya di Ramadhan Al-Mubarak



P/S: REBUTLAH PELUANG TERHEBAT HANYA SETAHUN SEKALI

Tuesday, September 8, 2009

Jamuan Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

5 September 2009 - Jamuan berbuka puasa bersama anak yatim telah dianjurkan oleh pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang. Majlis ini diadakan di Masjid Al-Islah Pokok Tampang, Tasek Gelugor. Setiap bahagian membawa sekurang-kurangnya 5 orang anak yatim berumur 12 tahun ke bawah. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil bersama imam & jemaah masjid yang ada pada waktu itu. Kemudian disusuli dengan ucapan Ketua Puteri Negeri Cik Nor Hafizah Ohman & Adun Tasek Gelugor iaitu YB Shabudin bin Yahya. Sekali lagi Bendahari Puteri Malaysia iaitu YB Dr Wan Norashikin hadir sama bagi memeriahkan lagi sambutan berbuka puasa bersama anak yatim. Majlis kemudiannya disusuli dengan penyampaian sumbangan berbentuk Ringgit Malaysia untuk kegunaan persiapan Hari raya kelak. Apabila tiba waktu berbuka semua yang hadir termasuk anak-anak yatim yang diraikan menjamu selera dengan Nasi Beriani, kuih muih & Air bersama sama. Majlis kemudiannya diikuti dengan solat Maghrib, Isyak & Tarawih.




Ketua-ketua Puteri Bahagian, Ahli-ahli Puteri bersama barisan anak-anak yatim


Bacaan Tahlil




Penyampaian Sumbangan



Juadah Berbuka Puasa (Nasi beriani, kuih muih & minuman)





Suasana berbuka puasa

P/s: semoga Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang akan terus menganjurkan program mulia ini pada bila-bila masa sahaja.