Monday, August 31, 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 - Penang


ATM


Police


Persatuan Seni silat cekak


Telekom Malaysia


Pancaragam


Bomba....

cantik Scarf


No H1N1


Satin Biru


Bendera Berkibar diangkasa....

31 Ogos 2009 - KATA keramat, Merdeka! Merdeka! Merdeka! sekali lagi bakal dilaungkan penuh semangat. Pada hari istimewa ini, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum meraikan detik penuh bersejarah, Hari Kemerdekaan Negara Ke-52. Tiada yang lebih bermakna selain rakyat memperoleh nikmat daripada kebebasan dan kemajuan sosio ekonomi negara yang sudah melepasi usia separuh abad ini.

Di Pulau Pinang, sambutan kali ini diadakan di Bandar Perda Seberang Perai. Dirasmikan oleh yang dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff. Sambutan walau sederhana tapi meriah dirasakan penduduk Pulau Pinang.



Monday, August 24, 2009

RAMADHAN LALU - Ilmu Pengetahuan Asas Membangunkan Modal Insan - Abdullah

POKOK TAMPANG, 6 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai asas untuk membangunkan modal insan di negara ini.

"Melalui ilmu pengetahuan, rakyat di negara ini bukan sahaja dapat memajukan diri dalam pelbagai bidang malahan dapat mewujudkan lebih ramai tenaga pendidik, doktor, jurutera dan sebagainya untuk kemajuan dan kemakmuran negara," katanya.

Berucap selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Pokok Tampang, Tasek Gelugor, dekat sini hari ini Perdana Menteri berkata adalah menjadi dasar kerajaan untuk membangunkan ilmu pengetahuan agar rakyat mendapat manfaat daripadanya.

Beliau berkata penekanan untuk melahirkan modal insan bukan sahaja ditumpukan kepada golongan profesional atau pekerja pejabat tetapi perlu diperluaskan kepada semua golongan termasuk penduduk di luar bandar.

"Kita mahu ibu, isteri dan anak yang mempunyai ilmu supaya mereka dapat meningkatkan kualiti hidup dan memberi sumbangan kepada kemajuan negara," katanya.

Abdullah menyertai lebih 200 jemaah berbuka puasa serta menunaikan solat tarawih di masjid yang sama. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

PUTERI EDAR TOPENG DI PERMATANG PASIR

BUKIT MERTAJAM: Di sebalik kesibukan berkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, ramai 'terlupa' penularan wabak Influenza A (H1N1) yang semakin serius.

Justeru, Puteri Umno bertindak mengurangkan risiko jangkitan dengan mengedarkan topeng muka dan hidung serta risalah berkaitan pencegahan wabak itu kepada penduduk di sekitar Penanti.

Naib Ketua Puteri Umno Pulau Pinang, Idamoerni Zakaria, berkata kira-kira 20 ahli Puteri turut serta dalam aktiviti Program Puteri Bersama Masyarakat.


Katanya, program itu bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bahaya virus berkenaan.


"Di samping berkempen untuk meraih undi, kita juga berasa bertanggungjawab untuk membantu menyedarkan orang ramai mengenai langkah pencegahan wabak itu.

"Aktiviti ini juga sebahagian daripada usaha untuk mendekatkan diri dengan masyarakat," katanya sambil menambah program berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa.