Monday, August 24, 2009

PUTERI EDAR TOPENG DI PERMATANG PASIR

BUKIT MERTAJAM: Di sebalik kesibukan berkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, ramai 'terlupa' penularan wabak Influenza A (H1N1) yang semakin serius.

Justeru, Puteri Umno bertindak mengurangkan risiko jangkitan dengan mengedarkan topeng muka dan hidung serta risalah berkaitan pencegahan wabak itu kepada penduduk di sekitar Penanti.

Naib Ketua Puteri Umno Pulau Pinang, Idamoerni Zakaria, berkata kira-kira 20 ahli Puteri turut serta dalam aktiviti Program Puteri Bersama Masyarakat.


Katanya, program itu bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bahaya virus berkenaan.


"Di samping berkempen untuk meraih undi, kita juga berasa bertanggungjawab untuk membantu menyedarkan orang ramai mengenai langkah pencegahan wabak itu.

"Aktiviti ini juga sebahagian daripada usaha untuk mendekatkan diri dengan masyarakat," katanya sambil menambah program berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment