Thursday, July 30, 2009

B2R - Dataran Merdeka (Movie)





Bersemangat: Skuad Srikandi Tasek Gelugor ke program Banteras Ragut & Rogol anjuran Puteri UMNO Malaysia di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 25 Julai 2009 hari Sabtu.

juga boleh melayari:

http://www.youtube.com/watch?v=ttB30f1PqKk

Thursday, July 23, 2009

Banteras Ragut & Rogol (B2R)



Model B2R



Taichi Sakan


Bersemangat: Taici & Poco2

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberi ucapan



Skuad Srikandi Tasek Gelugor semasa mendengar taklimat & perasmian


Datin Sri Paduka Rosmah Mansor bersama Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta Shahanim Muhamad bersama-sama mengedarkan risalah mengenai kesedaran ragut dan rogol sempena program BANTERAS RAGUT & ROGOL (B2R) anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Dataran Merdeka, 25 Julai 2009.



Banteras habis-habisan peragut & perogol laknatullah!


Jom pakat ramai2 bagi flyers!


Ketua Puteri bersama2 Ahli2 Puteri Umno Penang

Orang ramai menerima risalah mengenai kesedaran ragut dan rogol


Penang's Team


Penang team yg sempoi


SUATU KETIKA


Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang bersama Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mehamed Yakcop menunjukkan Calon Barisan Nasional suatu ketika dulu.


Tuesday, July 21, 2009

Persidangan Puteri UMNO Bahagian 2009


Barisan Tertinggi Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor

Wakil 3 orang setiap cawangan

Khusyuk Bersidang

Wakil Bahagian memberi ucapan penangguhan

Cenderahati kepada wakil bahagian

Cenderahati kepada wakil bahagian


Cenderahati kepada wakil bahagian



TASEK GELUGOR 19/7/2009 - Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian 2009 di Tasek Gelugor telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Haji Muhammad bin Muhammad Taib Tasek Gelugor. Kehadiran setiap 3 wakil setiap cawangan bagi setiap dun Permatang Berangan, Sungai Dua & Teluk Air Tawar. Mesyuarat kali ini diadakan selepas perasmian Skuad Srikandi Puteri UMNO Tasek Gelugor berjalan lancar dan ditangguhkan pada pukul 12.10 tengahari. Antara yg hadir pada mesyuarat ini tetulah barisan pimpinan, AJK Bahagian, wakil Bahagian & wakil puteri negeri.

Perasmian Skuad Srikandi Tasek Gelugor


Skuad Srikandi Caw Pokok Tampang


Highlight: Siti Zaleha binti Siraj selaku Pengerusi Skuad Srikandi Puteri UMNO Bahagian TG merangkap Ketua Penerangan Puteri UMNO TG


Proses Pendaftaran Bermula seawal 8.00pagi


Skuad Srikandi Sentiasa Bersedia


Hiasan Belon Pintu Gerbang

Skuad Srikandi Puteri Umno Pokok Tampang


Menyambut ketibaan YB Dr Wan Norashikin bt Wan Nordin


YB Dr Wan Norashikin diiringi Ketua Puteri Tasek gelugor Cik Norhafizah

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir
Kiri: Naib Ketua Puteri TG Puan Rosliza, Ketua Pemuda TG En Hasbul Hazani, En Hasbie mewakili Ahli Parlimen TG YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Ketua Umno Bhg TG Merangkap Setiausaha Politik Menteri di Jabtan Perdana Menteri YB Tuan Haji Shabudin bin Yahaya, Ketua Puteri TG merangkap Ketua Puteri Pulau Pinang Cik Nor hafizah dan YB Dr Wan Norashikin Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, merangkap Bendahari Puteri UMNO Malaysia & Adun Kampung Gajah.

TASEK GELUGOR 19 JULAI 2009 - Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor melancarkan perasmian Skuad Srikandi Tasek Gelugor di Dewan Haji Muhammad bin Muhammad Taib Tasek Gelugor. Pelancaran dirasmikan oleh YB Dr Wan Norashikin bin Wan Nordin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, merangkap Bendahari Puteri UMNO Malaysia & Adun Kampung Gajah. Perasmian dimulakan dengan sambutan Pasukan Kompang diiringi Pembawa Bunga Manggar, diikuti dengan check barisan Skuad Srikandi Puteri. Majlis kemudian menyampaikan lagu Negaraku, lagu tema UMNO & Lagu Puteri.

Majlis ini kemudian diikuti dengan ucapan dari Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang Cik Norhafizah Othman, disusuli oleh ucapan Adun Tasek Gelugor YB Ustaz Shahabudin bin Yahya. Kemudian majlis diakhiri dengan ucapan yang panjang lebar & penuh pengisian oleh YB Dr Wan Norashikin bt Wan Nordin disertai dengan Majlis Pelancaran Skuad Serikandi Tasek Gelugor dengan memotong belon & memotong Pulut. Majlis Kemudian rehat seketika dengan Jamuan Nasi Lemak sebelum dilanjutkan dengan Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor bagi seisi 2009.




Detik-detik Perasmian Skuad Serikandi Tasek Gelugor


Thursday, July 16, 2009

Info - Perhimpunan Agung UMNO 2009



Perhimpunan Agung UMNO 2009
merupakan perhimpunan Agung UMNO kali ke-58 yang dirancangkan pada bulan Mac 2008, kemudian ia sepatutnya akan diadakan pada 16 Disember 2008 iaitu selepas semua parti komponen mengadakan mesyuarat agung. Majlis Tertinggi UMNO memutuskan tarikh perhimpunan Agung UMNO ditunda ke 24 hingga 28 Mac 2009. Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional / UMNO kecundang di banyak kawasan telah mendesak agar perhimpunan khas diadakan pada bulan Mei 2008. Pada perhimpunan kali ini, pemilihan pemimpin UMNO dilakukan. Sebelum ini pemilihan UMNO diadakan pada 2004 selepas Barisan Nasional / UMNO menang besar dalam PRU 11.

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah


Berkumpul di Masjid Tasek Gelugor


Perarakan Bermula


Memegang Sepanduk “WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH".

Destinasi dituju: Masjid Pokok Tampang

Mendengar Ceramah sempena Maulidurrasul


Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 Mac diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Di Tasek Gelugor kali ini menyambutnya dengan perarakan sambil berselawat & berzanji bermula dari Masjid Tasek Gelugor ke Masjid Pokok Tampang. Tema kali ini adalah “WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH".

Aktiviti seterusnya ialah mendengar ceramah dari seorang ustaz yang berasal dari Kedah. Apabila selesai mendengar ceramah, semua ummah menjamu selera di Masjid Pokok Tampang ini dengan hidangan Nasi Daging.

Friday, July 3, 2009

Khidmat Bantuan Motosikal di Jambatan Pulau Pinang



Berititik tolak dari fenomena tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain, Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit, menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan dan akan bermula pada 1 Julai 2009.

Sila Hebahkan.