Thursday, July 16, 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah


Berkumpul di Masjid Tasek Gelugor


Perarakan Bermula


Memegang Sepanduk “WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH".

Destinasi dituju: Masjid Pokok Tampang

Mendengar Ceramah sempena Maulidurrasul


Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 Mac diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Di Tasek Gelugor kali ini menyambutnya dengan perarakan sambil berselawat & berzanji bermula dari Masjid Tasek Gelugor ke Masjid Pokok Tampang. Tema kali ini adalah “WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH".

Aktiviti seterusnya ialah mendengar ceramah dari seorang ustaz yang berasal dari Kedah. Apabila selesai mendengar ceramah, semua ummah menjamu selera di Masjid Pokok Tampang ini dengan hidangan Nasi Daging.

No comments:

Post a Comment