Tuesday, July 21, 2009

Perasmian Skuad Srikandi Tasek Gelugor


Skuad Srikandi Caw Pokok Tampang


Highlight: Siti Zaleha binti Siraj selaku Pengerusi Skuad Srikandi Puteri UMNO Bahagian TG merangkap Ketua Penerangan Puteri UMNO TG


Proses Pendaftaran Bermula seawal 8.00pagi


Skuad Srikandi Sentiasa Bersedia


Hiasan Belon Pintu Gerbang

Skuad Srikandi Puteri Umno Pokok Tampang


Menyambut ketibaan YB Dr Wan Norashikin bt Wan Nordin


YB Dr Wan Norashikin diiringi Ketua Puteri Tasek gelugor Cik Norhafizah

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir
Kiri: Naib Ketua Puteri TG Puan Rosliza, Ketua Pemuda TG En Hasbul Hazani, En Hasbie mewakili Ahli Parlimen TG YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Ketua Umno Bhg TG Merangkap Setiausaha Politik Menteri di Jabtan Perdana Menteri YB Tuan Haji Shabudin bin Yahaya, Ketua Puteri TG merangkap Ketua Puteri Pulau Pinang Cik Nor hafizah dan YB Dr Wan Norashikin Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, merangkap Bendahari Puteri UMNO Malaysia & Adun Kampung Gajah.

TASEK GELUGOR 19 JULAI 2009 - Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor melancarkan perasmian Skuad Srikandi Tasek Gelugor di Dewan Haji Muhammad bin Muhammad Taib Tasek Gelugor. Pelancaran dirasmikan oleh YB Dr Wan Norashikin bin Wan Nordin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, merangkap Bendahari Puteri UMNO Malaysia & Adun Kampung Gajah. Perasmian dimulakan dengan sambutan Pasukan Kompang diiringi Pembawa Bunga Manggar, diikuti dengan check barisan Skuad Srikandi Puteri. Majlis kemudian menyampaikan lagu Negaraku, lagu tema UMNO & Lagu Puteri.

Majlis ini kemudian diikuti dengan ucapan dari Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang Cik Norhafizah Othman, disusuli oleh ucapan Adun Tasek Gelugor YB Ustaz Shahabudin bin Yahya. Kemudian majlis diakhiri dengan ucapan yang panjang lebar & penuh pengisian oleh YB Dr Wan Norashikin bt Wan Nordin disertai dengan Majlis Pelancaran Skuad Serikandi Tasek Gelugor dengan memotong belon & memotong Pulut. Majlis Kemudian rehat seketika dengan Jamuan Nasi Lemak sebelum dilanjutkan dengan Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor bagi seisi 2009.




Detik-detik Perasmian Skuad Serikandi Tasek Gelugor


No comments:

Post a Comment