Tuesday, June 30, 2009

Penyerahan Sumbangan BSN kepada Fakir Miskin


Antara muka-muka yg hadir ke Program ini


Penyerahan sumbangan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yacop


Salah seorang Petugas BSN memakai kemeja oren membantu mengiringi golongan kurang upaya semasa menerima sumbangan


Antara penerima-penerima sumbangan yang hadir

Tasek Gelugor , 28 Jun 2009 - Penyerahan sumbangan BSN kepada fakir miskin Parlimen Tasek Gelugor berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua. Warga Emas yang kurang upaya, fakir miskin, Pelajar-pelajar miskin, Golongan OKU dan yang berkaitan menerima sumbangan dari Bank simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Ahli Parlimen Tasek Gelugor iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yacop dibantu oleh UMNO Bahagian tasek Gelugor. Ahli puteri terlibat sama menjayakan majlis penyerahan ini dengan makan bersama sambil melayan Fakir Miskin pada hari itu.

Perjumpaan Skuad Srikandi Puteri



Raptai Barisan Skuad Srikandi







Taklimat oleh Ketua Puteri Cik Norhafizah Othman


Wakil Skuad Srikandi Puteri Pokok Tampang



Wakil Skuad Srikandi Puteri Khusyuk mendengar taklimat dari Ketua Puteri Pulau Pinang


TASEK GELUGOR 28-06-2009 Perjumpaan Puteri Umno Bahagian Tasek Gelugor melancarkan perjumpaan persediaan bagi perasmian Skuad Serikandi Puteri yang bakal dirasmikan pada 17 Julai 2009 nanti. Skuad serikandi Puteri bakal berlangsung di Dewan Haji Muhammad Taib, Tasek Gelugor sekaligus akan dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan menteri Kesihatan.

Skuad Srikandi Puteri mendengar talklimat persiapan oleh Cik Norhafizah Othman Ketua Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang merangkap Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Friday, June 19, 2009

Pelatih bakar pusat serenti Kg Selamat, cabar polis




TASIK GELUGOR - "Saya melihat dua pelatih pusat serenti yang menutup muka ala ninja berlari dengan membawa tong minyak manakala beberapa pelatih lain dengan kayu menaiki traktor mengelilingi tiga blok pentadbiran yang sedang terbakar."

Demikian cerita seorang penduduk, Ali Osman, 58, yang menyaksikan kejadian rusuhan yang tercetus di Pusat Serenti Kampung Selamat di Tasek Gelugor di sini semalam.

Ali yang tinggal kira-kira 500 meter dari pusat serenti tersebut berkata, rusuhan itu diketahui pada pukul 6 petang selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya.

"Keadaan di pusat serenti tersebut hura-hara dengan sorakan pelatih yang merusuh dan mereka kelihatan ganas," kata beliau semasa ditemui tidak jauh dari pusat serenti itu malam tadi.

Kata beliau, tindakan membabitkan hampir semua pelatih di situ menyebabkan pegawai di pusat serenti itu berundur keluar.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Amir berkata, pelatih di pusat serenti itu jelas menguasai pusat serenti itu dan mereka langsung tidak menghiraukan arahan polis.

Malah kata Amir, ada beberapa kumpulan pelatih itu mencabar anggota polis yang cuba menghampiri mereka.

Kata beliau, dalam keadaan tegang itu beberapa buah kenderaan pegawai di pusat itu juga dibakar.

Bagaimanapun, Amir memberitahu, pada pukul 8 malam, anggota polis, bomba dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masuk ke dalam pusat serenti itu menyebabkan pelatih-pelatih tersebut berundur ke belakang.

Seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.

Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta.

Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah.

Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Ayub berkata, rusuhan itu berjaya ditamatkan dan seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi berkenaan sejak lewat petang semalam.

Selain anggota polis, katanya, 57 anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam pemadaman kebakaran di pusat itu.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan 11 daripada 12 bangunan yang ada di pusat itu didapati rosak termasuk tiga yang musnah dalam kebakaran, antaranya blok klinik dan pusat latihan.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada sesiapa yang cedera dalam rusuhan itu ataupun ditahan sebagai tebusan," katanya.

Beliau berkata, rusuhan itu dipercayai berpunca daripada sembilan penghuni pusat yang ditahan di dalam sel kerana didapati masih positif dadah walaupun menjalani proses pemulihan.

Ketika ditanya jumlah petugas pusat itu yang berada di kawasan berkenaan ketika kejadian, tanpa menyatakan dengan jelas Ayub berkata, jumlah mereka adalah mencukupi.

Perlukan Kemahiran?

GIATMARA Prima Tasek Gelugor (Pongsu Seribu)
Disediakan oleh Jabatan Pembangunan Projek

Pengurus
GIATMARA Prima Tasek Gelugor (Pongsu Seribu)
Lot 3130, Mukim 8, Pongsu Seribu
Kepala Batas
13200 Seberang Perai Utara
Pulau Pinang

No. Tel : 04-5750170
No. Faks : 04-5783162

gmtasekgelugor@giatmara.edu.my


Kursus Yang Di Tawarkan:

  1. Pendawai Elektrik
  2. Mekanik Industri
  3. Teknologi Sistem Komputer
  4. Solekan Dan Terapi Kecantikan
  5. Seni Reka Gaya Rambut
  6. Elektronik Industri
Download borang layari: http://www.giatmara.edu.my


Penduduk Tasek Gelugor Terima Manafaat Landasan Keretapi Berkembar





BUTTERWORTH, 18 Mac (Bernama) -- Penduduk Tasek Gelugor bakal menerima beberapa kemudahan infrastruktur dan peluang menjana aktiviti ekonomi berikutan pembangunan kawasan itu yang menjadi antara laluan pembinaan projek landasan keretapi berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya berkata menerusi projek yang dimajukan oleh MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd (MMC-Gamuda) itu, Tasek Gelugor bukan sahaja mendapat sebuah stesen keretapi yang canggih malah dilengkapi kemudahan prasarana moden. "Pekan Tasek Gelugor akan berubah wajah dan kita berharap kerajaan serta pemaju menyediakan beberapa prasarana bagi memastikan kehidupan penduduk tidak terjejas antaranya, pusat perniagaan baru untuk menempatkan semula peniaga yang premis perniagaan mereka terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan jejambat empat lorong landasan keretapi itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi dialog antara Pengurus Kanan Projek MMC-Gamuda, Sahimi Abdullah dan lebih 40 penduduk yang terlibat dengan projek itu di sini, Rabu. Selain itu, penduduk juga berharap pihak pemaju dapat menyediakan dua jejantas pejalan kaki dan motosikal berhampiran tapak stesen keretapi serta Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya bagi memudahkan penduduk di kedua-dua belah landasan untuk menyeberang dengan selamat, katanya. Setakat ini, Shabudin berkata difahamkan 95 peratus daripada penduduk terlibat menerima pampasan yang dibayar oleh Kementerian Pengangkutan dan 20 peratus daripada jumlah itu menghadapi masalah kerana akaun bank tidak aktif, kesalahan ejaan nama serta masalah pembahagian harta pusaka yang belum diselesaikan. Projek landasan berkembar sepanjang 329km dari Ipoh ke Padang Besar, yang bernilai lebih RM12 billion, dijadual siap pada 2013. -- BERNAMA

Wednesday, June 17, 2009

Bantuan Mangsa Ribut Di Tasek Gelugor









TASEK GELUGOR 11 April 2008 -Angin kencang diikuti puting beliung yang disifatkan paling teruk berlaku, melanda 10 buah kampung sekitar sini semalam yang merosakkan 148 buah rumah di samping memusnahkan tanaman penduduk.

Ribut yang melanda Kampung Pokok Tampang, Permatang Beranggan, Jarak Atas, Jarak Tengah, Padang Menora, Pengkalan Batu, Padang Ban, Matahari Naik, Padang Chempedak dan Kampung Chegar berlaku pada pukul 3.30 petang menerbangkan bumbung rumah dan tanaman penduduk namun tiada kemalangan nyawa dilaporkan.

Ribut yang disusuli hujan lebat itu turut menyebabkan penduduk mengalami kerugian harta benda apabila siling yang rosak menyebabkan air hujan mencurah masuk ke dalam rumah mereka.

Ketua Puteri Umno Cik Norhafizah Othman & Setiausaha Puteri Pn Siti Rohana meluangkan masa melawat mangsa ribut berkenaan dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat. Mangsa juga menerima bantuan dari PUZ dan JKM.

Tuesday, June 16, 2009

Aktiviti Anak Muda: Muay Thai di Pokok Tampang


TASEK GELUGOR 6 Mac - Tinju Siam sememangnya tidak asing lagi bagi anak-anak muda di Kedah disebabkan kedudukan negeri itu yang berjiran dengan Thailand.

Lebih dikenali sebagai Muay Thai atau tomoi, seni mempertahankan diri kebanggaan rakyat Thailand itu kini mendapat tempat di hati belia Kampung Pokok Tampang, dekat sini.

Walaupun ia masih baru, atas usaha seorang pemuda bernama Sazali Ibrahim, sukan tomoi kini menjadi aktiviti untuk mengisi masa lapang belia di kampung tersebut.

Menurut Sazali, sukan itu bukan ganas sebaliknya menerusi sukan tersebut ia dapat memupuk disiplin di kalangan peninju.

"Ia juga mengajar kita semangat setia kawan dan bekerja dalam satu pasukan," katanya ketika ditemui di Gelanggang Tomoi Pokok Tampang baru-baru ini.

Menurutnya, apabila terdapat aktiviti sebegitu, sekurang-kurangnya masa lapang anak-anak muda kampung diisi dengan cara yang lebih berfaedah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya memuji usaha semua pihak yang membuka gelanggang Muay Thai di kampung tersebut.

Beliau berkata, dengan adanya aktiviti seperti itu yang diadakan dua kali seminggu, belia kampung tidak akan melepak di bandar-bandar tanpa arah tujuan.

"Sukan ini baru di kalangan belia kita tetapi saya lihat remaja di kampung Pokok Tampang ini sudah berjinak-jinak dengan sukan ini.

"Saya gembira dan mahu melihat sukan dari negara jiran ini terus berkembang di kalangan anak-anak kampung," katanya.

Sukan Muay Thai membenarkan peninju menggunakan kaki dan tangan untuk gerakan menendang dan menumbuk lawan.

Mereka juga akan memakai pelindung kepala dan sarung tangan bertujuan melindungi diri daripada kecederaan dalaman yang teruk.

Selain menggunakan kaki, peninju akan menggunakan anggota tubuh seperti tangan, siku dan lutut untuk menyerang pihak lawan.

Monday, June 15, 2009

Kenangan Aktiviti Puteri Pokok Tampang


Kem di Serendah Sikebun Bunga, Sik.


Aktiviti: Bowling Puteri Bahagian Tasek gelugor


Puteri Pokok Tampang menghadiri Mesyuarat Cawangan


Puteri menjadi Penyambut Tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri


Mesyuarat Bahagian Tasek Gelugor


Rombongan Melaka, KL & Nilai anjuran Puteri Umno Pokok Tampang


Pertandingan Bola Jaring Bahagian Tasek gelugor


Lawatan Ke Tugu Negara


Lawatan: Eye on Malaysia

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang telah dijalankan melibatkan Puteri Cawangan Pokok Tampang tetapi masalah gambar tidak dirakam dsbnya. Semoga aktiviti akan datang akan di lampirkan untuk kenang-kenangan pada masa hadapan. " Hidup Puteri Pokok Tampang".

KETUA PUTERI UMNO PULAU PINANG



Tahniah diucapkan kepada Cik Norhafizah binti Othman Ketua Puteri Cawangan merangkap Ketua Puteri Bahagian yang telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Pulau Pinang & Exco pergerakan Puteri Umno Malaysia.
Kami ahli-ahli puteri Pokok Tampang berbangga kerana Saudari Norhafizah adalah anak jati Pokok Tampang terpilih menyandang jawatan di atas.

Ikrar Puteri

Kami Puteri UMNO berikrar:
Kamilah Puteri Pejuang
Besatu berpadu menempuh halangan
Puteri prihatin harapan bangsa
Berjuang mempertahan pertiwi merdeka

Kamilah Puteri Tiang Negara
Pemangkin aspirasi wanita muda
Tanpa diskriminasi antara kita
Niat kian ikhlas pengukuh jiwa

Kamilah Puteri Pewaris Bangsa
Pemelihara agama juga budaya
Berilmu, beramanah, telus dan setia
Bertanggungjawab berhati mulia

Kami memohon pada Yang Satu
Agar perjuangan mendapat restu
Ayuhlah mara Puteri UMNO ku
Ke mercu kecemerlangan yang kita tuju

Lagu Puteri

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa

Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
PUTERI UMNO terus mara

PUTERI UMNO akan tetap setia
PUTERI UMNO akan terus mara

Lagu dan Lirik : Edry/Yusry/Norman (KRU)

Bengkel Kecantikan - Mary kay Product


Bergambar setelah selesai seisi bengkel kecantikan


Barisan peserta Puteri Umno bersama isteri Ustaz Shahabudin Yahaya diapit oleh Ketua Puteri Umno Pulau Pinang Cik Norhafizah Othman & Setiausaha Puteri Umno Pn Siti Rohana disamping Beauty Consultant Mary Kay
Khusyuk mendengar penerangan dari Mary Kay Beauty Consultant

Aktiviti: Bengkel Kecantikan - Mary Kay Product
Tarikh: 14 Jun 2009

Tempat: Bilik Mesyuarat Umno Bahagian Tasek Gelugor
Peserta: Barisan Puteri Umno Bahagian Tasek Gelugor

Produk: Marie Kay

Kehadiran: 21/30 Peserta

Anjuran: Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor